Sunday, January 18, 2009

juice...eh?

Jews against Zionism

By BUNN NAGARA

Some religious Jews also reject an immoral, outlaw Israel in the name of their religion.

AMONG the many religious Jewish groups that reject today’s Israel and its Zionist basis are Satmar, Dushinski and Neturei Karta (NK, or “Guardians of the City/Faith”).

Present as communities in Israel, the United States and parts of Europe, they hold demonstrations to protest against Israeli atrocities and the creation of today’s Israel, saying that the Torah specifically forbids a Jewish state established by force and before the coming of the Messiah.
Cohen: ‘Any form of unjust violence is terrorism, whether state-sponsored or otherwise, and must be stopped.’

As a result, they are often sidelined by the Western mainstream media or attacked by pro-Zionist mobs, sometimes both at the same time. And yet among senior orthodox rabbis, religious Zionists form only a minority.

The three Talmudic oaths hold that Jews as a group must not forcibly create Israel, that they should not fight the will of the international community, and that the world would not unduly penalise Israel. Anti-Zionist Jewish groups find the very establishment of Israel to be a negation of these oaths.

NK is one of the most outspoken and controversial of these anti-Zionist groups because of its high-profile activism. Mainly resident in Jerusalem, New York, London and elsewhere in Britain, this has also led to misunderstanding from other groups.

In 2004, NK was censured by some Jewish groups when some of its rabbis held a prayer vigil for dying PLO leader Yasser Arafat. But NK said it shared some views with Fatah, such as a secular Palestinian state.

Two years later, some NK rabbis attended an international meeting in Teheran that Zionists labelled a “Holocaust denial” conference. Participants like NK were duly tagged as denying the Holocaust ever happened.

NK leaders replied that they went to affirm that the Holocaust did happen, while insisting that it should not be exploited by Israel today against other people like the Palestinians. They also said they needed to explain the difference between Judaism as religion and Zionism as politics.

One of these NK leaders is British-born Rabbi Ahron Cohen, whose grandparents emigrated to Britain about 100 years ago around the time that today’s Israel was conceived.

A religious family man, Rabbi Cohen is part of the Orthodox Jewish community in which he and his family “endeavour to live their lives entirely in accordance with the Jewish religion”.

He also describes himself as “one of many Orthodox Jews who completely sympathise with the cause of the Palestinians in their struggle against the Zionist state (Israel)”.

Cohen is one of the Jewish leaders I have discussed the Israel-Palestine problem with in recent years.

Here are some of his views expressed to me last week on Israel’s actions in Gaza today:

“The flawed illegitimate concept of the sectarian state of ‘Israel’ is not a ‘Jewish’ religious concept, but a secular nationalistic colonialist concept. It is the underlying cause of the 100-year-old confrontation and strife in Palestine.

“The immediate reason for Israel’s actions is therefore irrelevant. The nations of the world should begin to look at a peaceful dissolution of the Zionist state and concept, to be replaced by a single just regime acceptable to all. Only then can peace reign.”

On Israel snubbing world opinion: “The nature of Zionism is a selfish and forceful nationalism and is not concerned morally with world opinion. I presume that they are banking on the atrocities being forgotten by the world as other atrocities in history have been largely forgotten.”

On the consequences: “The medium consequences are difficult to predict. However, the long-term consequences must lead to an eventual dismantling of the rogue state, Israel.

“We cannot predict the sequence of events which will lead to this, but our prayer is that it should take place peacefully and speedily. The state of ‘Israel’ is a concept completely foreign to authentic Judaism.

“Judaism is a godly, ethical way of life which goes back thousands of years, whereas Zionism is a secular nationalistic amoral concept, barely 100 years old.

“Sadly, this fact is not immediately apparent to the world at large due to the popularity that Zionism has managed to achieve among people who are not prepared to approach the matter with an open mind, honestly and objectively.”

Terrorism: “Any form of unjust violence is terrorism whether state-sponsored or otherwise, and must be stopped. Of course great wisdom, national humility and the discarding of self-interests are required in order to establish what is ‘unjust violence’.”

US support for Israel: “Totally lacking in appreciation of the underlying problem and solution.”

US vice-presidential nominee Joe Biden calling himself a Zionist: “This is yet another example of the amazing but immoral success that Zionist propaganda has had in justifying and impressing its cause.”

President-elect Barack Obama: “Impossible to predict at this stage, but hopefully less bigoted and one-sided in favour of Israel than most of his predecessors.”

Anti-Zionist Jews: “Sadly, they are a minority but a significant one. They are not widely heard of mainly because of the tremendous Zionist or pro-Zionist effect on the media, and social pressures imposed upon anti-Zionists by Zionists or Zionist supporters.”

And the best solution for the Israel-Palestine problem? “A single state for all its citizens.”


Melawan secara lebih berkesan

Konflik yang semakin meruncing di Asia Barat mengundang pelbagai reaksi masyarakat dunia yang rata-ratanya mengutuk pencerobohan tentera Israel di Gaza serta tindakan kejam rejim Tel Aviv membunuh penduduk Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak.

Pengerusi Jawatankuasa Perkhidmatan Masyarakat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM), Tunku Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah cukup prihatin dengan konflik yang berlaku dan simpati terhadap nasib rakyat Palestin yang terus menjadi sasaran taktik buli rejim Israel. Dalam pertemuan dengan wartawan Mingguan Malaysia MARHAINI KAMARUDDIN, LUQMAN HAZIQ ABDULLAH dan MAZNAH ARSAD serta jurugambar RAJA JAAFAR ALI di The Zone, Johor Bahru, beliau memberikan pandangannya tentang konflik yang telah menyebabkan rakyat Palestin yang mengalami penderaan psikologi di bawah rejim Zionis. Isteri Tengku Mahkota Johor ini turut menasihati rakyat Malaysia supaya membaca sejarah konflik Israel-Palestin dan memahami bahawa ia bukan peperangan di antara Yahudi dan umat Islam.

Sementara itu Timbalan Pengarah Institusi Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Shakila Yacob berkata bakal Presiden AS, Barack Obama sukar untuk melawan arus penyokong Yahudi dalam kabinetnya. Dr. Shakila yang juga pensyarah dalam bidang Sejarah Awal dan Moden AS berpendapat, Obama tidak akan menjadi pemimpin yang pro Palestin seperti sentimen di Eropah ketika ini.

Dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia, RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH, beliau berkata, “Obama sedar beliau memerlukan kerjasama dunia untuk membebaskan ekonomi AS dari belenggu.”

Mingguan: Tunku memberi penekanan yang konflik Israel-Palestin bukan perang antara agama Yahudi dan Islam. Boleh Tunku jelaskan?

RAJA ZARITH: Apabila Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memutuskan untuk mewujudkan sebuah negara Israel dan memilih menempatkannya di bumi Palestin, dari situlah bermulanya konflik Asia Barat. Saya mahu menjelaskan bahawa konflik Israel-Palestin ialah pertikaian mengenai wilayah, kesan pencerobohan pentadbiran rejim Tel Aviv ke atas wilayah negara lain. Ia bukannya peperangan di antara orang Yahudi dan Islam tetapi pertikaian tentang wilayah antara Israel dengan Palestin.

Penting bagi rakyat Malaysia memahami isu ini dalam konteks yang betul.

Sarankan rakyat Malaysia supaya merujuk kepada pautan web http://www.passia.org/ untuk lebih memahami aspek geopolitik krisis di Asia Barat ini. Mereka perlu merujuk kepada Peta Palestin 1878, sebagai sumber kronologi masalah Palestin sejak dua kurun lalu.

Kenapa Tunku merasakan perlu berhati-hati membicarakan konflik di Gaza terutama kepada golongan muda?

RAJA ZARITH: Ramai yang melihat konflik Israel-Palestin ialah peperangan antara Yahudi dan Islam, seolah-olah penindasan dilakukan oleh tentera Israel hanya ke atas penduduk Islam sedangkan Palestin juga didiami oleh orang Kristian. Jadi nasihat saya kepada orang muda Malaysia, kalau rasa hendak berjuang membantu penduduk Palestin di Gaza, sewajarnya mereka mencari maklumat di Internet terlebih dahulu, buat penyelidikan dan jangan bercakap membabi buta tanpa tahu latar belakang dan kedudukan sebenar konflik yang berlaku.

Konflik Israel-Palestin ini sudah lama berlaku cuma baru sekarang ini, Israel membuat keputusan untuk bertindak lebih ganas. Jadi saya rasa tak sedap hati sebab ramai yang keliru tentang status Gaza sebagai wilayah yang ditakluki Israel, asalnya tempat pelarian Palestin dari Tebing Barat.

Apa yang berlaku, Israel mengikis sedikit demi sedikit wilayah yang diduduki oleh rakyat Palestin sehinggakan ruang penempatan untuk rakyat Palestin di Genting Gaza semakin kecil, menjadikannya tempat paling padat penduduk di dunia.

Apakah pandangan Tunku terhadap inisiatif rakyat Malaysia melancarkan kempen memboikot produk Israel dan Amerika Syarikat (AS) sebagai menyokong perjuangan rakyat Palestin?

RAJA ZARITH: Itu terpulang atas pilihan masing-masing. Dengan memboikot produk AS, bukan kesemuanya tetapi produk tertentu, apa yang boleh kita capai? Kita hanyalah sebuah negara yang kecil. Katakan kita boikot Coca-Cola, adakah tindakan itu akan menjejaskan syarikat induknya? Ia mempunyai cawangan di India, Eropah dan seluruh dunia, jadi tak ada kesan jika hanya rakyat Malaysia yang memboikot Coca-Cola. Saya rasa jika kita betul-betul hendak menunjukkan simpati dengan rakyat Palestin, adalah lebih baik jika dikumpulkan sumbangan wang dan keperluan termasuk lampin pakai buang.

Bukankah tindakan memboikot itu adalah sebagai bantahan kepada sokongan berterusan AS terhadap kekejaman Israel?

RAJA ZARITH: Syarikat induk di AS tidak terjejas sebaliknya syarikat tempatan dan rakyat tempatan yang akan menerima kesannya. Kalau benar-benar mahu mengambil tindakan boikot, hentikan francais syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan langsung dengan Israel dan AS. Tetapi kalau kita tutup francais sekarang, orang tempatan yang bekerja di cawangan McDonalds atau kilang Coca-Cola dalam negara akan kehilangan pekerjaan. Jadi untuk mengambil tindakan sedemikian, kita perlu menyediakan pekerjaan kepada mereka yang akan kehilangan punca pendapatan di seluruh negara. Senang untuk bercakap tentang boikot tetapi kena fikirkan mereka yang akan terjejas akibat tindakan itu. Sebagai negara demokratik, kita boleh mengambil pendirian untuk tidak membeli produk AS tetapi kesannya tidak nampak dan tidak secara langsung kepada ekonomi AS.

Jadi pada pandangan Tunku, gerakan boikot itu perlu dilakukan di peringkat antarabangsa?

RAJA ZARITH: Itu pun ramai orang tempatan di negara lain yang akan terjejas punca pencarian mereka dan kehilangan pekerjaan. Jadi perlu ada penyelesaian alternatif kepada pekerja syarikat atau francais AS. Dalam hal ini, saya masih ambil pendirian tindakan memboikot itu terpulang kepada kehendak masing-masing. Bagaimanapun daripada membuat sesuatu yang sangat minor, lebih elok kita lakukan cara lain.

Maknanya Tunku lebih cenderung menyokong langkah mengumpul dana untuk membantu rakyat Palestin?

RAJA ZARITH: Ya, lakukan secara hands on. Kita buat kutipan melalui kawan-kawan, keluarga dan orang ramai serta salurkan hasil kutipan itu kepada pihak berkaitan Palestin di Kuala Lumpur atau PBSMM yang ada kaitan langsung dengan Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa (IFRC). Macam PBSMM kita salurkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dan Mesir.

PBSMM sendiri menghantar pasukan doktor ke Kaherah, Mesir sebab ada Hospital Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin di sana. Jika keadaan membahayakan, mereka akan serahkan bantuan perubatan kepada pasukan Bulan Sabit Merah Palestin di sempadan. Yang penting, segala bantuan itu akan sampai kepada penduduk Palestin di Gaza.

Sumbangan kita dari sini sama ada RM10 atau RM100 akan sampai kepada penduduk Gaza. Apa yang kita perlukan sekarang ialah sumbangan daripada rakyat Malaysia.

Adakah demonstrasi di Malaysia dan seluruh dunia memberi kesan kepada penyelesaian konflik Palestin-Israel di Gaza?

RAJA ZARITH: Memang ada kesan. Demonstrasi di seluruh dunia termasuk Eropah, Asia malah Amerika pun. Mungkin ada sedikit tekanan. Tetapi kalau kita lihat apa yang berlaku semasa Amerika hendak menceroboh Iraq, terdapat demonstrasi besar-besaran di London sehingga sejuta orang, lebih 700,000 orang di bandar-bandar besar di Amerika begitu juga Eropah - namun apa yang berlaku? Amerika teruskan juga pencerobohan dan penaklukan ke atas Iraq.

Dengan hanya menyalur sumbangan dana tanpa protes melalui demonstrasi dan boikot, tidakkah dunia akan dilihat seolah-olah bersetuju dengan tindakan Israel dan AS?

RAJA ZARITH: Betul. Maksud saya, kita boleh membuat protes untuk menyuarakan bantahan dan sokongan tetapi kalau sejuta orang di London dan sejuta orang lagi di Amerika, tidak memberi kesan pun kepada kerajaan AS, apa sangatlah dengan bantahan beberapa ribu orang di negara ini. Bagaimanapun kita tidak boleh juga berdiam diri. Tanpa protes daripada seluruh dunia termasuk Malaysia, mungkin PBB tidak merasa tekanan untuk menghentikan konflik yang berlaku. Kalau berdiam diri pun akan memberi bayangan seolah-olah kita tidak kisah dengan apa yang berlaku. Maksud saya kita perlu teruskan protes, tetapi hakikatnya tindakan itu tidak akan mengubah apa-apa.

Apa perlunya protes jika Israel tidak peduli apa pun tindakan dunia terhadapnya?

RAJA ZARITH: Rakyat Israel bukan semua bersetuju dengan tindakan rejim. Kawan saya di England memaklumkan, televisyen Israel melaporkan tentera rejim sendiri enggan masuk ke Gaza kerana tidak bersetuju dengan tindakan Israel.

Jadi saya kurang senang apabila ada pihak menggesa supaya jangan bercampur atau berkawan dengan Yahudi sedangkan bukan semua Yahudi jahat.

Apa komen Tunku apabila IFRC turut menjadi sasaran serangan Israel ?

RAJA ZARITH: IFRC bersikap neutral dan tidak menyebelahi mana-mana pihak. Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah sesebuah negara termasuk PBSMM bukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), ia pasukan bantuan tambahan kepada kerajaan. Hanya ada sebuah persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam setiap negara. Sukarelawan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah bekerja tanpa mengira kaum, bangsa atau agama. Disebabkan itu, IFRC cukup marah apabila dibom oleh Israel sewaktu hendak membawa keluar rakyat Palestin dari Genting Gaza sehingga menyebabkan seorang pemandu ambulans terbunuh.

Jadi apakah pandangan Tunku mengenai desakan dunia termasuk dari Malaysia supaya Israel dan AS diheret ke mahkamah antarabangsa sebagai penjenayah perang?

RAJA ZARITH: Secara jujurnya saya tidak cukup pengalaman dan pengetahuan sama ada mereka ini perlu dibicarakan sebagai penjenayah perang dan sebagainya. Terserah kepada pemimpin negara untuk menggerakkan usaha ini kerana mereka lebih arif tentang undang-undang negara dan antarabangsa. Sungguhpun begitu, kita boleh bersuara sebagai rakyat yang bersimpati dengan penderitaan rakyat Palestin dan mengutuk keganasan Israel yang sudah keterlaluan dan dibiarkan bermaharajalela terlalu lama. Bayangkan berapa lama rakyat Palestin hidup tertekan.

______________________________________________________________

Yups. There are Jews and there are Jews. Good Jews, bad Jews, hardworking Jews, lazy Jews, clever Jews, moronic Jews, kosher Jews and then there are the McJews.

Then again, there are Malays and there are Malays. You know the drill.

No comments: